
Seorang budak 5 tahun telah dihadiahkan pensil warna oleh ibunya.
Lalu budak itu membuka kotak pensil warna tersebut sambil berkata
"cantiknya pensil warna ni"
Kita sendiri pasti pernah menggunakan pensil warna.
Seorang budak berusia 5 tahun mampu menilai pensil warna itu cantik.
Dari perspektif dewasa, kita pasti dapat menilai pensil warna itu lebih daripada cantik.
Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan?
1. Melengkapkan Antara Satu Sama Lain
Sebuah lukisan pemandangan yang cantik memerlukan pensil warna yang universal.
Jika warna hijau tiada mana mungkin lukisan tumbuh-tumbuhan terhasil dengan segar.
Begitu juga kehidupan manusia.Kita perlu bekerjasama dalam sesuatu perkara.
Pensil warna mendidik tentang muafakat.
2. Perjalanan Setiap Hari
Bumi Tuhan ciptakan ini sangat luas.
Kita bebas melangkah kemana-mana.
Didalam sebuah kotak pensil warna,terdapat pelbagai warna.
Warna-warna inilah yang mencorak kehidupan.faham tak?
3. Fitrah Kehidupan
Mungkin ada yang boleh nampak dalam pensil warna
Ada susah ada senang, ada bahagia ada derita, ada suka ada duka.
Tidakkah kita terfikir?
Kehidupan tidak seperti filem Kala Bulan Mengambang.
4. Membentuk Peribadi atau Jati DiriSeseorang telah menetapkan bahawa biru adalah warna kesukaannya.
Kerana biru itu luas, seperti luasnya lautan dan indahnya dada langit.
Tenang, selesa dan bebas..
5. Komuniti Yang Besar
Pensil warna melambangkan kehidupan kita.
Kehidupan yang pelbagai dari segi agama,budaya,bahasa,warna kulit dan lain-lain.
Sepatutnya kehidupan yang berwana-warni ni membuatkan kita gembira.
Tapi kenapa persengketaan terjadi??
Kenapa manusia terlalu rakus dengan dunia ni?
Apa yang dicari sebenarnya?
Aku tak faham...
~PrincEss MayRa sayS~
Saturday, April 16, 2011
~bagaimana pensel warna mengajar kita erti kehidupan~
Posted by eyra maYra at 9:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment