BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~PrincEss MayRa sayS~


Monday, March 5, 2012

~JAHAT org benci, BAIK org meluat~ aptb



Sikap kita yang tidak selesa dengan orang lain, apatah lagi jika orang itu senang atau lebih dengan kita. Betul ini bukan dari penulisan dan kata-kata aku semata-mata tapi ini realiti dan mungkin ia boleh di jadikan sebagai satu pengajaran yang aku peroleh ..

Bila kita jadi jahat, orang akan benci...bila kita jadi baik, orang akan meluat...
Bila kita ikut urusan agama...ada orang akan kata kita berlagak alim...
Bila kita langgar suruhan agama...ada orang akan kata "Astagfirullah....apa la nak jadi..dah nak khiamat ke?...

Bila pula kita ikut peraturan...ada orang akan kata kita skema...
Bila kita langgar peraturan...ada orang akan kata kita ni macam tak ada masa depan...!

Bila kita tegur dengan baik...ada orang akan kata kita bajet bagus...
Bila kita tegur dengan kasar...ada orang akan kata kita kurang ajar...! tunjuk samseng...!

Bila kita pakai sopan-sopan... ada orang akan kata kita nie "style kampung giler..."
Bila kita pakai dedah sana-sini... ada orang akan kata kita tak ada harga diri sebab asyik tayang free jer...

Bila kita bagi nasihat...ada orang akan kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh tak...!"
Bila kita sindir-menyindir (tangan ke dada mata ke atas), ada orang akan kata kita tak pandai nak bagi nasihat

Bila kita tolong buat kerja..ada orang akan kata "yang sibuk sangat nak tolong buat kerja kerja lain kenapa??"
Bila kita tak tolong apa-apa....ada orang akan kata "apesal pemalas sangat nie? tak susah pun kalau tolong..!"

Tidak itu sahaja, sebenarnya ramai orang lain yang tidak berpuas hati dengan diri kita...apa yang kita buat semua salah...semunnya tidak betul di mata mereka...kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata...

Inilah dasar manusia..yang cantik pulak tapi tak laa cantik sangat tidak pula bergaul dengan semua...mereka mengibaratkan cantik tak layak berdampingan dengan orang sembarangan...yang lain pula..si pengkhianat dan batu api pula sentiasa akan mengambil kesempatan bagi melaga-lagakan antara dua pihak. Perkara ini sering berlaku kononnya ingin lindung kawan baiknnya...apalah baiknya? Sekadar "menjamu" dengan hartanya itupun bukan milik dia sepenuhnya....bapaknya yang punya..amat memalukan sikap begini.

Yang orang buat salah cepat-cepat mereka akan burukkan, akan post dekat Facebook demi meraihkan populariti murahan dari kaki ampu yang lain untuk menunjukkan dia tidak bersalah dan ramai yang berpihak dengannya. Usah berpolitik jika tidak kenal politik, usah terus menengking jika tidak tahu akan punca...

"Jika berani bersemuka....jika takut hanya tahu melalak di timeline sahaja..."
Kita tidak berhak menghina orang lain samada melalui post, blog, percakapan serta perbuatan...jika kita rasa mulia dan profesionalisme itu bertakhta di hati kita, kita sepatutnya hebat mengatasi permasalahan...berdepan-depan bagi menyelesaikan...jika perlu bergaduh kerana sedikit perselisihan faham...tak perlu uji akal tengok fizikal pun dah nampak...

Segala keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mulakan...perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita bukan pandangan manusia...kita kena hitung dan siasat terlebih dahulu...ambillah masa 30 saat untuk melahirkan 3 perkataan ini saat jiwa dalam kemarahan
"Betulkah tindakan aku...?"

Bertindak mengikut emosi pasti kita akan terasa bodoh kemudian saat, minit, jam dan hari nanti....Wassalam

0 comments: