BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~PrincEss MayRa sayS~


Tuesday, December 21, 2010

DUNIA DARI MATAKU




tahun baru akan menjelma tak lama lagi ... sekejap saja rasanya tahun 2010 melangkah meninggalkan setengah dari usianya. Betapa skrg aku rasa mcm masa tu berlalu terlalu cepat. Tak mcm zaman kanak2 dulu, panjang jer rasanya satu hari tu nak habis. Nampak sgt dunia aku skrg menjadi terlalu sibuk dgn aktiviti2 kerja dan aktiviti2 sampingan yang kadang2 aku sendiri tak jangka akan aku lakukan pada suatu masa dahulu.


Syahdu sikit entri aku malam ni dek kerana suasana hening dan sejuk di melaka ni dengan renyai2 titisan hujan menyirami bumi melaka ni. Seperti aku katakan tadi, thn 2010 dah melabuhkan setengah tirai usianya. Setengah bakal dilabuhkan, tapi sebelum yang setengah tu terus tertutup, terpikir gak aku apa cabaran hidup yang akan aku lalui lagi untuk baki tahun 2010 ni. Apa pun yang akan mendatang tetap aku kena lalui. Yang penting aku tak suka lari dari masalah atau keadaan, aku lebih suka selesaikan masalah tu secepat yang mungkin sebab pada pendapat aku kalau sesuatu masalah tu tak cuba diselesaikan, ia akan terus menghantui kita sepanjang masa.


Entri malam ni entri yang takde isi sgt, cuma bebelan pendek aku saja ... sebagai ingatan pada diri aku yang masa yang masa berlalu dgn begitu cepat dan usia sentiasa mengejar kita setiap saat di mana saja kita berada. Semoga aku dpt mengurus masa yang ada dengan teratur dan memanfaatkan usia yang mendatang dengan sebaiknya.

p/s : orang-orang beruntung : HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM
orang-orang rugi : HARI INI SAMA SAHAJA DENGAN SEMALAM
orang-orang celaka : HARI INI LEBIH BURUK DARIPADA SEMALAM

0 comments: