
rasa kecewa atau kesal mestila ade pada setiap org kan..bg remaja pulak..perasaan ni mmg memag da sinonim da dlam diri mereka..masalah keluarga la,putus cinta la,gagal dlam peperiksaan la n mcm2 la..kebiasaanya apabila da terkena "penyakit kecewa" ramai yg sukar nk mengikisnya..
berasa kecewa atau kesal ni normal..malah kite bole katakan "tidak normal" jika kita tidak pernah merasa kecewa sepanjang hidup..
walaubagaimanapon, jgnla biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yg boleh merosakkan diri dan kerjaya..
berikut adalah panduan2 yg sy bole share:
TERIMA KENYATAAN
kita hanya mampu merancang,tuhan yg tentukan.sebgai manusia kita tidak bole menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan ilahi.apa yg bole kita lakukan ialah berusaha untuk mengubah nasib kita.
mungkin ada ketikanya kita bernasib baik,tetapi ada masanya kita juga diuji dengan pelbagai dugaan.hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu , ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita lebih insaf..
BERFIKIRAN POSITIF
cuba kita kenang kembali peristiwa kerana kebahagiaan yg anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi..
janganla kita terlalu ikutkan sangat perasaan sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup.
MELUAHKAN
apa yg penting kita perlulah berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang lain yg lebih rapat dengan kita. jika anda mengadu sedikit sebanyak perasaan kecewa tu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yg positif..
BERI TUMPUAN PADA HIDUP
teruskan berusaha untuk mencapai matlamat yg diinginkan.apabila anda mempunyai fokus,segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. apa yg penting, jgn dibiarkan perkara remeh menghantui hidup anda sehingga membuatkan anda kecewa..
p/s : harungi hidup dengan matang dan cuba belajar untuk mengubati kekecewaan..tidak semestinya rasa kecewa tu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa hadapan
CHILL2 ya =)
~PrincEss MayRa sayS~
Sunday, April 17, 2011
~HINDARI PERASAAN KECEWA~
Posted by eyra maYra at 2:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment